Tuesday, 26 March 2013

cerita lucu...

Nasib Peragut
PONTIAN - 18/10/12, Nasib malang kepada 2 peragut yang telah berjaya ditangkap oleh penduduk kampung kayu ara pasong, menurut saksi, hj manan jalil 48, salah seorang penduduk tempatan yang berang dengan kedua-dua peragut telah membawa keluar parang tajam yang berkilat untuk menetak leher peragut tersebut.

Bagaimanapun perbuatannya sempat dihalang oleh orang ramai. Namun ketika peragut itu ditangkap, saksi mengatakan tidak ada barang berharga ditemui.

Salah seorang penduduk tempatan juga merupakan ketua kampung berang kepada peragut itu telah memerintah anak buahnya menyembelih kedua-dua peragut ini. Kaki-kaki peragut diikat sambil bertakbir, kedua-dua peragut telah sembelih peragut tanpa rasa belas kasihan.

Darah menyembur keluar, namun tiada penduduk menghalang perbuatan tersebut, kerana yang disembelih itu ialah seeokor kambing dan sesekor lembu yang meragut rumput disembelih untuk hari raya korban...

SALAM AIDIL ADHA MAAMandikan Kucing
Seorang budak lelaki berusia lingkungan 8 tahun membeli sekotak sabun dari sebuah kedai runcit...

Pekedai: Banyak sangat ke pakaian yang hendak dibasuh?

Budak: Saya nak mandikan kucing...

Pekedai: Eh, tak boleh gunakan sabun ni... Sabun ni terlalu kuat untuk kucing... silap-silap kucing kamu boleh mati...

Budak itu terus berlalu setelah membayar harga sabun... Seminggu kemudian, budak itu kembali ke kedai runcit tersebut...

Pekedai: Bagaimana kucing kamu?

Budak: Mati...

Pekedai: Bukan Pak Cik dah kata....

Budak: Tapi saya tak fikir sabun itu yg membunuhnya...

Pekedai: Habis, siapa yang membunuhnya?

Budak: Mesin basuh tu... ia berpusing terlalu laju...


--- sumbangan: Fariz AkmalF ZAHIR dan Batin


--- sumbangan: Fariz
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment